Entry: Laporpo!! Jan 15, 2007



Assalamualaikum...

+ Pertama sekali aku nak ucapkan selamat berpekse kat member2 aku di Mesir nun. Belajar rengrajin. Selagi ada masa kat sana belajarlah ilmu agama bebanyak. Sok balik xda nyusahkan orang. Macam aku nilah. Bila orang tanya bab hukum, menggagau aku mencari jawapan. Buka kitab tu kitab ni. Tu la kat Mosey dulu tak nak belajar sungguh2. Nasib ado otai2 kat pejabat ni. Bolehlah di bawak berunding. Semoga berjayalah wahai sahabat-sahabatku bob, fermau, al-apis, ijad, ijad bleggg, ijad comeyy, farok (YDP), Are-we, abang nasey, capiq kiki lala, rodi, orang-orang kita mahupun bukan orang-orang kita dan ramai lagi yang aku tak sanggup nak sebut dah. menitik air mata aku.sedeyyy..opsss lupa plak tidak dilupakan buat teman-teman adabuna.

+ Kedua...Argghhhhhh aku gerammmmmmmmmmmm!!!!!! Mail yahoo dah_lobam aku xboleh dibuka...YM aku pon..habis semua alamat memember aku..sakit jiwa..geram aku memang geram.. Jadi sekarang ni korang boleh hubungi aku di muiez_bam@yahoo.com atau di dah.lobam@gmail.com atau add aje kat YM muiez_bam kalo phone number alamak sorilah..praibetlah..maklumlah sekarang ni aku sering di ganggu oleh makhluk2 halus yang tidak berapa halus semenjak phone number aku telah tertera dalam salah satu babak dalam filek CIcak Man.

+ Baru-baru ni aku telah terlepak dengan sengaja di mahkamah rendah syariah Rembau. Alang-alang melepak aku terus ikut perbicaraan dalam tu. Aku tak sempat ikut semua cuma sempat ikut 2 kes jerk. Kes tangkap khalwat ( adoi khalwat lagi... ) kes pertama membabitkan pasangan yang berumur 24 dan 22 tahun. ditangkap di Hotel Rembau yang bertaraf cap ayam jam 12.30 tengah hari bulan Jun tahun lepas. Kesnya baru disebut tahun ni. Sewaktu ditangkap si lelaki tidak memakai baju dan berseluar panjang dan perempuannya berbaju t shirt dan berseluar pendek paras peha. Perempuan dia nala punya cun Nalarekek Punti Kacang punya comel tapi buat tak senonoh. Tak dapek den bayangkan do.Eiiiii. Dah terbayang lain pulak... Hahahaha...budussssss!!!! Last-last depe mengaku bersalah dan boleh didenda maksima RM3000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali. Setelah rayuan mereka untuk mengurangkan denda di tolak oleh hakim mereka diperintah untuk membayar RM1600 seorang. Kan bangang. Duit tuh boleh disimpan buat kawin terpaksa buat bayar denda pulak. Nauzubillah himin zalik. Kes kedua pulak melibatkan pasangan yang boleh digolongkan sebagai warga emas yang sedang menunggu kematian. Apolahhh!!!!. Tapi kira oklah nama pon manusia. Nafsu sampai mati x boleh hilang. Nak kasi hilang  kene cret dulu. Sebab tuhlah mereka mengambil inisiatif untuk pret pulak. Last2 kene tangkap. Memalukan anak-anak dan cucu-cucu betul. Last-last kes dorang ditangguhkan sebab dorang xsedia nak disebut kes. Banyak lagi sebenarnya kes pada hari tuh. Kes judi, arak tapi paling banyak khalwatlah. Aku malaslah nak dok lama, chow jelah.

+ Bersempena dengan Maal Hijrah tahun ni SMATT akan mengadakan Forum bersempena sambutan maal hijrah. Forum ini akan berjalan serentak di seluruh Negeri Sembilan. Tak serentak sangatlah cuma dalam masa 27-29.1.2007 forum tuh mesti selesai disetiap 7 daerah di N9. Aku kene kat Masjid Rembau. Tapi aku malas. Rembau dah banyak program. Aku lari ke Kuala Pilah tapi kat Kuala Pilah kene kat Masjid Tanjung Ipoh. Aku lari lagi. Last-last aku buat kat Masjid Jamek Pekan Johol je. Aku akan menyelaras program tu kat Masjid Jamek Pekan Johol. Harap-harap projek tu berjaya. Ni projek solo aku yang ke dua. Projek solo aku yang pertama akan dibuat di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim 9-11.2.2007. Kolaburasi antara Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dengan Kolej Universiti Islam Malaysia ( KUIM ) 

+ Chow Sin Chi

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments