Mengejar Nur Kasih Demi Mencari Setitis Redho Ilahi

.:Muqaddimah:.



Get free graphics at BlingyBlob.com!

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us


Create your own at MyNiceSpace.com

Tuan Tanah


Lobam diambil dari dialek Negeri Sembilan yang bermaksud Lebam, Menetap di Kampung Lending, Johol, Negeri Sembilan. Nama sebenar Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee. Diputerakan pada tanggal 23 September 1983 dan kini berumur 23 tahun. Penuntut tahun 4 Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir dan Ulum Quran di Universiti al-Azhar cawangan Manoufia, Mesir.




LEMBARAN SAHABAT

[HiLmY] [MuJaHiD] [PaleQ] [NuReeMaN] [RoMiZi] [GunTuR] [AbU ZaR] [ZuLnAsRi] [AmIzA] [AlkHaKimiY] [AsNiZaM] [BaiT NuJuM] [SaDdiQ] [WaNzU] [CiK^cT][AiDa][SyiELa] [SyaHeEraH] [NaJwA0514] [ShuK] [CiLz] [FiZi] [ZaKi] [AkMaLhaMdY] [ZuLpaHaNg] [IjaD]


SUMBER TERHANGAT

[BeRiTa HaRiAn] [UtuSaN MeLaYu] [HaRaKaH] [OnLiNeRocK] [BaKanS] [Al-Azhar Damanhur] [DPM Damanhur] [QuRaN NeT] [UkHwaH.CoM] [FrIeNDsTeR] [HaRuNYahYa] [HoTmaiL] [JiWanG] [Al-JaZeeRa] [JaKiOnliNe] [JaLiNaN] [AsAmBoI] [ViRtUaLfRiEnDs] [PerGh] [UNITI] [DailY MalaYsiA] [YaHoo] [E-vOiZ AdvAncE] [E-vOiZ LaMa][TaZkiRaH OnLinE] [HaRiaN MeTrO] [HaDwaN.NeT] [BloGdRivE]

KERAJAAN NEGERI

[Kelantan] [Kedah] [Perak] [Pulau Pinang] [Perlis] [Selangor] [Pahang] [Negeri Sembilan] [Sarawak] [Sabah] [Sabah] [Terengganu] [Melaka] [Johor]

FATWA MUFTI

[Mufti Perak] [Mufti Melaka] [Mufti Perlis] [Mufti Selangor] [Mufti Pulau Pinang] [Mufti Pahang] [Mufti N9] [Mufti Sarawak]

MEDIA

[RTM] [TV3] [Era.Fm]

LAMAN UNIVERSITI

[iium university] [uum] [um] [upm] [unitar] [usm] [ukm] [mmu] [utm] [Sabah] [utp] [umtp.ums] [upsi] [umtp.ums]




Universiti Al-Azhar



Sa'ah Kam Ya Ammu

Waktu Malaysia



Get your own countdown at BlingyBlob.com


Link Lobam
.: zulnasri blogs :.


::AntuSabun PlayGround:: ::masterpyan's hangout:: .: fungkur's Network :. asamboi.org�
::mizi2054:: ::NagarasFire:: ::Gonz Under Ground:: ::Izzul Blogs:: ::Jiwang Irc:: ::Shukur:: ::JiWanG TorrEnT:: Fysal


.:Archives:.


<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



RSS Atom
rss feed


Studio Traffic
Oct 20, 2006
Assalamualaikum..

+ Orang seme dah cuti. Tinggallah berapa kerat je kat opis ni. Sedih pon ada. Nilah nasib orang keje sambilan. Ada keje adalah gaji. Bukan xboleh aku nak amek cuti tapi xda gaji lah..

+ Apa xtvt aku? Nilah dok menggodek pc ni. Heheheh. Nak pakai pc rumah laptop plak rosak. Nak gi cc mahal. Alang-alang ada kemudahan kita gunakan aje.

+ Selamat Hari Raya lah aku ucapkan kat korang semua. Semoga berbahagia. Jumpa lagi di Raya ke 3. Sebab aku bakal menghuni opis ni. Uwaaaaa!!!

+ Chow Sin Chi


Posted at 06:20 am by lobam
  Make a comment  

Oct 19, 2006
Blues...

Promo!!!

Cerpen aku tersiar dalam Blues Selamanya 108. Dapatkan di pasaran.

Thanxx Uncle Rodin dan Ubai...


Posted at 09:21 am by lobam
  Comment (1)  

Oct 16, 2006
Kes Terbaru

+ Assalamualikum. Apa khabar kalian semua di luar sana. Aku di sini alhmdulillah..sentiasa dalam keadaan sehat menempuh hari-hari yang penuh dengan kesejukan.

+ Hari ni aku dapat kes terbaru. Kes tangkap khalwat. Pagi2 lagi dah ada yang dok merendek. Apa kejadahnya diorang ni bulan Ramadhan pon dok merendek. Yang bangangnya diorang ni merendek dekat taman belakang Pejabat Agama Rembau. Ni bukan bodoh bangang tapi bodoh tongong. Boleh pulak dia merendek kat belakang Pejabat Agama. Dorang xtau ke ni Pejabat Agama. Ingat zoo ke apa. Daripada bilik boss aku pon boleh nampak diorang merendek. Pastu Boss aku panggil pat lima orang saksi bila dah sah dorang dok merendek baru bos aku amek tindakan. Aku ngan member aku follow gi cekup. Sian dorang. 2 pompuan satu laki. Satu pasangan terlepas 2 pompuan 1 laki jugak. Tak sempat nak kejar (mungkin sebab perut aku boyot)

+ Sedih betul aku nengok masing2. Dahlah Melayu beragama Islam. Buat plak maksiat pada bulan Ramadhan. Budak sekolah lagi pulak tu. Baru lepas PMR. Sedih siot. Apa nak jadi ngan budak2 la ni. Adoi. Pastu mak bapak datang jamin rilek jerk. Xda muka marah2 pon. Bukannya kaya pon. Sorang anak pekerja kontrak sorang lagi anak pekerja kilang. Macam-macam dunia ni.

+ Bukan niat aku nak mengaibkan dorang (lagipon korang bukannya kenal) tapi ni sebagai pengajaran kepada semua.

+ Chow Sin Chi


Posted at 09:18 am by lobam
  Make a comment  

Oct 13, 2006
Salam....

Assalamualaikum...

+ Hari ni aku ikut Bos aku pergi ke IKBN Alor Gajah. Temankan die ceramah. Memang aku akui, bos aku ni seorang penceramah yang begitu hebat. Malah dia juga pernah menjadi idol aku suatu ketika dahulu. Dahulu dia pernah jadi cikgu aku masa aku form 1. Sekarang aku pulak bekerja dengan dia. Dia pernah kata kat aku Nahnu fil mustawa wahid (kita sekarang sudah setaraf) Dia juga pernah berseloroh "Dulu ana ajar enta masa enta form 1. Masa tu enta kecik ajer. Sekarang ni enta pulak lagi besar daripada ana" Biasalah tuh ustaz. Kita makin lama makin membesar bukan makin kecil.

+ Macam bisa, aku tetap boring dalam opis ni. Apa nak buat. Xda keje.....

+ Chow sin chi...


Posted at 09:29 am by lobam
  Make a comment  

Oct 11, 2006
Salam Ceria

Assalamualaikum...

+ Apa khabar anda semua. HAarap korang semua sentiasa dalam keadaan gembira dalam melakukan ibadah pose. Dalam diam tak diam kita sudahpon memasuki fasal ke dua bulan Ramadhan. Seperti mana sabda Nabi yang bermaksud Ramadhan tiu awalnya Rahmat, di pertengahannya maghfirah dan di penghujungnya terlepas daripada api neraka. Setelah memasuki fasal kedua ini sepatutnya kita sudahpon memperolehi rahmat daripada Allah. Kerana itu janji-NYA. Kalau kita merasakan kita jauh daripada Rahmat-NYA cuba kita check balik amal ibadat kita. Kenapa kita tidak memperolehi rahmat Allah. Adakah kita makin dekat kepada-NYA atau makin menjauhi-NYA.

+ Alhamdulillah. Ini hari ke tiga aku bertugas di Pejabat Agama Rembau. Sebelum ini aku bertugas di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Seremban. Terasa seperti sudah lama aku menjadi ahli keluarga kecil ini. Keseronokan bekerja amat aku rasai. Keramahan kakitangannya seperti kami sudah lama mengenali. Betapa diri ini bertuah kerana ditempatkan di sini.

+ Walaupun baru 3 hari aku bertugas, tetapi aku sudah menimba banyak pengalaman yang berharga. Apabila sebut sahaja pejabat agama a.k.a pejabat kadi pastinya terus melekat difikiran kita tentang nikah kahwin dan cerai. Pengalaman pertama aku menjadi saksi pernikahan di hari pertama aku bertugas sungguh mencuit naluri kecilku. Pasangan lelakinya berumur 23tahun dan perempuannya pula 16 tahun. Sungguh muda. Pabila Qadi menyuruh istighfar mengucap dan berselawat si lelaki diam seribu bahasa. Betapa sedihnya hati ini bila mengenangkan masih ada lagi orang yang buta agama, walaupun usia sudah makin menjauhi diri. Sedih, aku sedih. Jadi inilah tugas aku untuk terus mendidik anak bangsa dan membuka mata mereka seluasnya mengenai agama. Tapi jika hanya diletakkan ke atas pundakku seorang pasti tidak mampu untuk aku menampung bebanan ini. Jadi sama-samalah kita membantu anak bangsa kita agar mereka lebih memahami agama. Yang lebih menyeronokkan aku sudah menerima gaji aku yang pertama walaupun baru sehari bekerja. Gaji menjadi saksi pernikahan walaupun hanya dibayar RM20. Aku bersyukur.

+ Dari hari ke hari dan kini sudah masuk hari ke 3. Pejabat agama ni terus didatangai manusia untuk menguruskan kes tangkap khalwat dan cerai rujuk. Diriku dihimpit sedih lagi. Mana tidaknya kebanyakkan yang ditangkap khalwat adalah muda mudi kita. Tidak layak rasanya utuk aku menegur mereka kerana aku juga tidak sehebat mana. Manusia yang selalu melakukan maksiat kepada Allah. Jadi marilah kita semua menjaga budi pekerti kita terutamanya di bulan yang Mulia ini. Semoga kita akan mendapat ganjaran daripada Allah kelak atas apa yang telah kita usahakan.

+ Chow Sin Chi


Posted at 06:25 am by lobam
  Make a comment  

Oct 1, 2006
Assalamualaikum..

+ Apa khabar anda semua? Saya sentiasa mengharapkan agar anda semua dalam keadaan sehat dan sejahtera dalam menempuhi dugaan di bulan Ramadhan ini. Sebelum itu mungkin saya terlupa Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan Kareem...

+ Apa berita terbaru saya? Alhamdulillah saya sudahpun memperolehi pekerjaan. Cukuplah walaupun ianya hanya sementara.

+ Salam sayang buat rakan-rakan di Mesir. Rasa rindu untuk pulang ke sana. InsyaAllah jika diberi rezeki pasti akan ku jejaki semula bumi Nabi Musa itu kelak.

Posted at 07:54 am by lobam
  Make a comment  

Sep 19, 2006
Selamat Sampai

Assalamualaikum...

+ Alhamdulillah sewaktu aku menitipkan warkah bisu ini, diriku sudah pon menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Alhamdulillah. Aku sampai ke Singapura tepat jam 730 pagi waktu tempatan. Sebelum itu kami transit sebentar ke Dubai untuk mengambil penumpang. Tidak sampai setengah jam kami dipanggil masuk semula.

+ Tepat jam 112.45 tengah hari kami akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pastinya wajah ayahanda dan ibunda yang sentiasa dalam ingatan akan ku temui insyaAllah.

+ Chow Sin Chi


Posted at 06:02 am by lobam
  Make a comment  

Sep 18, 2006
Hari Konvo

  

 

+ Alhamdulillah 16 September yang lalu aku dah pon konvo.. Sekarang ni terasmilah sudah aku sebagai graduan Al-Azhar...

+ Hari ni 18 September aku akna pulang ke Malaysia menaiki pesawat Singapore International Airlines. Tapi tiketnya masih belum confirm. Kira masih waiting listlah ni. Tapi aku akan tetap pergi ke epot untuk mencuba nasib..Doakanlah semoga aku berjaya...Allahumma Amin...

+ Chow Sin Chi...


Posted at 04:09 am by lobam
  Make a comment  

Sep 15, 2006
tiket tak konfirm

assalamualaikum...

esok aku dah nak konvo alhamdulillah..Sheikh Al-Azhar akan bagi insyaAllah...aku nak balik tapi tiket tak konfirm..sedihnyaaaaaaaa...doakanlah yer aku nak balik....


Posted at 11:38 am by lobam
  Make a comment  

Sep 8, 2006
Assalamualaikum...

+ Apa khabar kalian semua? Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Semoga blog ini menjadi medan untuk kita sama2 merapatkan lagi ukhwah di alam maya ini. Aku juga ingin mengucapkan selamat menyambut Nisfu Syaban. Bersama-samalah kita memenuhkan muka surat pertama buku amalan kita dengan amal ibadah. Semoga kita bertemu Allah kelak dengan hati yang gembira.

+ Alhamdulillah sijil sementara aku sudah pon siap. Termasuklah senarai markahnya sekali. Setelah ditelilti, aku merasakan aku harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada doktor-doktor aku kerana telah memberikan kejayaan kepada aku. Mana taknya 4 subjek aku di naikkan statusnya daripada gagal kepada lulus. Alhamdulillah. 10 markah adalah satu yang mustahil untuk di beri secara percuma tetapi tidak pada aku. Doktor begitu murah memberikan 10 markah dan membuatkan Subjek Usul Fiqh aku menjadi lulus.Rasa syukur seharusnya tidak harus putus daripada mulut aku. Bayangkan kalau aku gagal 4 subjek lagi, bermakna aku terpaksa menghabiskan setahun lagi sisa hidup aku di Bumi Para Nabi ini. Kalian menjadi saksi bahawa betapa bersyukurnya aku kepada Allah dan Jutaan terima kasih wajib aku ucapkan kepada para Doktor yang telah mengajar aku. Ia juga menjadi pengajaran kepada aku dan rakan-rakan yang lain bahawa di Mesir ini segalanya MUNGKIN. Tiada yang mustahil atas kehendak Allah jua.

+ Disini aku selitkan secebis sajak yang telah aku deklamasikan pada pertandingan deklamasi sajak bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan di Kaherah baru-baru ini sehingga aku dinobatkan sebagai juara dua tahun berturut-turut.

Kelmarin Yang Hilang

Kelmarin
Segenggam tanah ini
Segenggam tanah mulus
Mewangi harum semerbak
Meniti cinta mahabbah
Penuh keharmonian

Kelmarin
Segenggam setia di bai'ah
Kesatuan mengikat janji
Menjulang kedaulatan negara
Mendaulat keutuhan bangsa
Melindung kesucian agama

Kini
Bai'ah tiada berguna lagi
Membobos kesatuan janji
Ingkar prinsip diri
Betah mengelih sengsara
Asal diri bahagia

Kini
Anjing sombong merobek kedamaian
Gembira melihat mahajana kesempitan
Di mana kesatuan?
Bersatukah? Berdamaikah?
Menjilat buntut zionis
Asal tembolok terjaga

Kini
Dunia semakin huru hara
Pencokok kian bermaharajalela
Wajah sembab semakin durja
Masa depan esok tahunya

Kini
Tiada apa yang tinggal
Senguk di bahu makin terhenjut
Memar di hati makinh berparut
Menanam azam
Pasak kendiri
Demi membungkam
Kelmarin yang hilang

+ Chow Sin Chi....






Posted at 12:59 am by lobam
  Make a comment  

Previous Page Next Page

.:Tagboard:.


   

.:More:.




Tukaran Matawang



Tukaran Wang Asing pada
waktu semasa ialah


Unit

Daripada

Kepada





Get Stickam for Free.


Locations of visitors to this page





Fans on the page


Free Hit Counter

Ukhwah.com :: Top Blog

myspace code
Myspace Codes: MyNiceSpace.com


.:Credits:.


.::atOiBoLaN 2004::.

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Blue Petals - atoi