Assalamualaikum..
Apa khabar rakan-rakan semua? Saya harap agar kalian semua berada dibawah naungan-Nya selalu.
Di sini saya ingin umumkan yang saya akan bernikah dengan pilihan hati Nor
Asmawati binti Yusop yang saya kenal sejak 6 tahun yang lalu pada 16 jun
2007 ( Sabtu ) ini Insya-Allah.
Tapi kendurinya pada bulan Ogos nanti. Bersempena dengan cuti sekolah nanti
majlis akan diadakan di Rawang pada 18.8.2007 manakala di rumah saya pula
pada 19.8.2007 insya-Allah. Kad-kad jemputan akan saya edarkan pada awal
Julai insya-Allah.
Kira nikah dulu kenduri kemudian. Gaji dah 3 bulan masih tak dapat lagi jadi
macam mana nak buat kenduri awal. hehehe.
Akhirnya saya memohon kepada rakan-rakan agar dapat
mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhirat insya-Allah.
-Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee a.k.a
Lobam-
Sekolah Tepi Laut,
Sg. Besar, Selangor.