Seketeriat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT)
Assalamualaikum...
+ Lama gi ler dah aku tak menulis..Aku sibuk sibuk sibuk sibuk sibukkkkkkkkkkk arghhhhhhhh!!!!! sakit jiwa........
+ Semalam aku baru balik dari Bengkel Hala Tuju Seketariat Mahasiswa/wi Timur Tengnah (SMATT) di Ristec Hotel Port Dickson. Baiklah. Aku nak terangkan serba sedikit mengenai SMATT ni kat korang. SMATT ni adalah satu seketariat yang telah pon diluluskan penubuhannya oleh MB N9. SMATT ni diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan dah ada satu pejabat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. SMATT akan mengumpulkan mahasiswa/wi lepasan Timur Tengah untuk berdakwah di Negeri Sembilan. SMATT akan membantu perjalanan institusi keagamaan di N9 khasnya. Membuat program-program untuk kegemilangan agama di N9. Banyak dah program yang kami rangka dalam bengkel tersebut. dan setiap program berjalan mereka-mereka yang bertugas di bawah SMATT akan diberi elaun. Kepada mereka yang menanam anggur pula SMATT akan menghantar mereka ke mana-mana pejabat agama / pusat zakat / majlis agama / mahkamah syariah dan sebagainya untuk bertugas dan diberi elaun RM700 sebulan...wahhhh bestlah korang..aku dulu RM500 jerk...xpala..rezeki korang dan elaun aku pon naik jugak RM700 alhamdulillah...Jadi aku wakil daripada SMATT bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada MB N9 kerana perihatin terhadap nasib agamawan di N9 ini.
+ adios.
Posted at 07:26 am by lobam
Seketeriat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT)